KUALA LUMPUR β Mencium hajar aswad bagi wanita tidak disunatkan, kecuali keadaan di mataf agak lengang, kata bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Beliau berkata, walaupun tawaf adalah ibadah sebagaimana mencium hajar aswad juga ibadah, tetapi bezanya tawaf itu wajib dan mencium hajar aswad adalah sunat.
βBahkan, di sisi ulama Syafiβiyyah, hukum asal bagi wanita adalah tidak disunatkan bagi mereka mencium hajar aswad kecuali keadaan di mataf agak lengang.
βJika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain atau membahayakan, hukum mencium hajar aswad adalah haram.
βCukup hanya sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana disebutkan Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari,β katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.
Semalam, tular video seorang usahawan yang juga pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad sanggup berhimpit demi menunaikan hasrat beberapa βteamβ nya untuk mencium hajar aswad ketika menunaikan ibadah umrah.
Video Hafiz sanggup berhimpit dan berkorban dalam kumpulan orang ramai yang bersesak di hadapan hajar aswad mendapat komen nasihat daripada netizen.
Menurut Dr. Zulkifli, agak janggal apabila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar.
π 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
βIni bukan pada masanya (merakam). Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau hajar aswad di media sosial.
βJika ia hanya sekadar βtrendβ untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah βtrendβ yang merugikan itu.
βSewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah termasuk doa-doa kepada-Nya. Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan peluang untuk mencipta content,β ujarnya.
Beliau turut memaparkan firman Allah melalui surah al-Anβam ayat 162 yang bermaksud, βKatakanlah: βSesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. – NasionalDaily
