Mangsa lemas sungai Gunung Panti dibawa keluar dengan pesawat AW Bomba

KOTA TINGGI – Mangsa lemas di sungai Gunung Panti yang disahkan maut dibawa keluar dari kawasan penemuan mayatnya menggunakan pesawat AW 189 Bomba.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima panggilan dari polis pada jam 1.03 tengah hari tadi bagi bantuan untuk mengeluarkan seorang mangsa lemas di sungai dekat Hutan Gunung Panti, Kota Tinggi.

Komander Operasi Kanan, PKPgB Mohd Shawaluddin Ami Nordin mengesahkan kejadian tersebut melibatkan seorang mangsa yang dikhuatiri lemas ketika sedang melakukan aktiviti memancing bersama tiga lagi rakannya di sungai itu.

Katanya, polis memohon bantuan helikopter daripada Unit Udara Bomba berikutan tiada akses masuk ke lokasi kejadian yang sejauh satu kilometer untuk mengeluarkan mangsa dari kawasan tersebut.

Pasukan bomba dari BBP Kota Tinggi yang tiba di lokasi bertindak mengawal keselamatan bagi pendaratan helikopter jenis Augusta AW 189 di Padang Awam, Kota Tinggi.

“Pasukan Unit Udara Bomba berjaya mengeluarkan mangsa dari kawasan hutan tersebut.

“Pegawai perubatan dari KKM menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Sejumlah 17 anggota bomba yang ditugaskan dalam operasi tersebut bersama jentera FRT, kenderaan Unit EMRS dan sebuah van utiliti Urvan,” katanya. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *