Senheng kurangkan kerugian suku ketiga, kedudukan tunai semakin kukuh

KUALA LUMPUR – Kerugian selepas cukai Senheng New Retail Bhd. mengecil 62.6 peratus kepada RM600,000 bagi suku ketiga berakhir 30 September 2026, berbanding RM1.6 juta pada suku sebelumnya, disokong peningkatan margin keuntungan kasar serta pengurangan kos operasi dan kewangan.

Kerugian sebelum cukai kumpulan turut mengecil 94.6 peratus kepada RM70,000 daripada RM1.2 juta pada suku kedua, sekali gus menghampiri paras pulang modal sebelum cukai.

Peruncit barangan elektrik dan elektronik pengguna itu mencatatkan hasil RM234.3 juta serta keuntungan kasar RM53.1 juta pada suku berkenaan, dengan margin keuntungan kasar meningkat kepada 22.7 peratus daripada 22.1 peratus setahun lalu.

Senheng dalam kenyataan hari ini berkata, perbelanjaan operasi dan pentadbiran berjaya dikurangkan 8.5 peratus berbanding suku sama tahun lalu kepada RM54.6 juta, manakala kos kewangan susut 32.3 peratus kepada RM900,000.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bagi sembilan bulan pertama 2026, kumpulan mencatatkan hasil RM721.9 juta berbanding RM820.1 juta pada tempoh sama tahun lalu, mencerminkan kecenderungan pengguna untuk lebih berhati-hati dalam pembelian barangan elektronik bernilai tinggi.

Bagaimanapun, kumpulan berjaya meningkatkan margin keuntungan kasar kepada 22.2 peratus daripada 21.4 peratus, dengan keuntungan kasar berjumlah RM160.5 juta bagi tempoh sembilan bulan berkenaan.

Senheng mencatatkan kerugian sebelum cukai RM2.8 juta bagi tempoh itu, berbanding keuntungan sebelum cukai RM9.3 juta setahun lalu, yang turut mengambil kira keuntungan sekali sahaja daripada pelupusan tanah sebanyak RM4.2 juta.

Kedudukan kewangan kumpulan semakin kukuh apabila baki tunai dan bank meningkat 37.9 peratus kepada RM122.5 juta setakat 30 September 2026 daripada RM88.9 juta pada akhir tahun lalu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pada masa sama, jumlah pinjaman berkurangan kepada RM32.8 juta daripada RM36.4 juta, menjadikan kedudukan tunai bersih kumpulan sebanyak RM89.7 juta, tidak termasuk liabiliti pajakan.

Aliran tunai bersih daripada aktiviti operasi pula mencecah RM76.2 juta bagi sembilan bulan pertama 2026, termasuk RM30.1 juta pada suku ketiga sahaja, disokong pengurusan inventori yang cekap serta bayaran balik cukai RM10.8 juta.

Pengarah Urusan Senheng, Lim Kim Heng, berkata penambahbaikan margin keuntungan, pengurangan kos dan kedudukan tunai yang lebih kukuh memberikan kumpulan fleksibiliti untuk meneruskan usaha transformasi perniagaannya.

“Walaupun pengguna kekal selektif, kami telah meningkatkan margin kasar kami, mengurangkan kos operasi dan kewangan, dan meningkatkan baki tunai dan bank kami kepada RM122.5 juta sambil menurunkan pinjaman,” katanya.

Kim Heng berkata, kumpulan turut memperluas model Ekonomi Berasaskan Mata (PBE) menerusi ekosistem ganjaran S-Coin bagi meningkatkan kesetiaan pelanggan, menggalakkan pembelian berulang dan merangsang jualan menerusi kedai fizikal serta saluran digital.

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk pengenalan kemudahan Penebusan Laluan Pantas S-Coin pada November 2026 dan pelancaran semula Hari Ahli PlusOne, ketika kumpulan berdepan persaingan daripada platform jualan dalam talian rentas sempadan.

Senheng menjangkakan persekitaran operasi kekal mencabar dalam jangka pendek, namun kedudukan tunai yang lebih kukuh serta tahap pinjaman lebih rendah membolehkan kumpulan meneruskan inisiatif pertumbuhan sambil mengekalkan disiplin pengurusan kos dan modal kerja.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *