GST lebih telus, menyeluruh dan berakauntabiliti berbanding SST

KOTA BHARU – Bekas juruaudit, Datuk Noor Hariri Mohamed Noor menegaskan, sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mempunyai kelebihan berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), khususnya dari segi ketelusan transaksi, pemantauan kutipan hasil dan keupayaan kerajaan mengawal ketirisan.

Beliau berkata, perdebatan mengenai GST dan SST tidak seharusnya tertumpu semata-mata kepada kadar cukai, sebaliknya perlu dinilai berdasarkan kecekapan sistem percukaian, keluasan asas cukai serta tahap akauntabiliti dalam pengurusan hasil negara.

Menurutnya, bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang sebelum ini tampil mempertahankan pelaksanaan SST, wajar menjelaskan beberapa persoalan asas, termasuk sama ada sistem berkenaan mampu menyediakan rekod transaksi yang lebih menyeluruh, membolehkan pemantauan lebih sistematik dan menghasilkan kutipan hasil negara lebih baik berbanding GST.

Katanya, GST merupakan sistem percukaian berasaskan penggunaan yang dilengkapi mekanisme tuntutan cukai input serta rekod transaksi pada setiap peringkat rantaian bekalan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mekanisme itu membolehkan pihak berkuasa melaksanakan semakan silang transaksi secara lebih teratur, sekali gus meningkatkan keupayaan mengesan ketidakpatuhan dan mengurangkan ruang bagi urus niaga yang tidak dilaporkan.

Sebaliknya, SST mempunyai skop percukaian lebih terhad dengan mekanisme kutipan berbeza mengikut kategori cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Keadaan itu, katanya, menjadikan pemantauan transaksi di sepanjang rantaian bekalan lebih mencabar, selain membuka ruang kepada kemungkinan berlakunya ketirisan sekiranya penguatkuasaan tidak dilaksanakan secara berkesan.

Noor Hariri berkata, angka kutipan hasil yang didedahkan Kementerian Kewangan melalui jawapan bertulis di Parlimen pada 10 Julai 2024 juga perlu diberikan perhatian dalam menilai keberkesanan kedua-dua sistem percukaian berkenaan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Berdasarkan angka tersebut, jumlah kutipan GST bagi tempoh April 2015 hingga Mei 2018, iaitu kira-kira tiga tahun, mencecah RM184.8 bilion.

Sebaliknya, kutipan SST bagi tempoh September 2018 hingga Disember 2023, meliputi kira-kira lima tahun, berjumlah RM150.4 bilion.

Beliau berkata, perbezaan itu amat ketara kerana GST mencatatkan kutipan lebih tinggi walaupun tempoh pelaksanaannya jauh lebih singkat berbanding SST.

Malah, berdasarkan angka yang dirujuk daripada Kementerian Kewangan, purata kutipan tahunan SST dikatakan 51.6 peratus lebih rendah berbanding GST.

“Data dan fakta tidak menipu. Angka yang didedahkan Kementerian Kewangan sendiri perlu dinilai secara objektif dan tidak seharusnya diketepikan hanya kerana wujud perbezaan pandangan politik mengenai sistem percukaian,” katanya.

Beliau berpandangan, keupayaan GST menjana hasil melalui asas cukai yang lebih luas berpotensi membantu kerajaan menyediakan peruntukan lebih besar untuk sektor pendidikan, pembangunan, kesihatan dan pembinaan modal insan.

Pada masa sama, peningkatan hasil kerajaan juga berupaya mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman baharu sekiranya pengurusan kewangan dilaksanakan secara berdisiplin.

Bagaimanapun, katanya, perbincangan mengenai GST tidak sepatutnya disempitkan kepada persoalan berapa banyak cukai yang boleh dikutip kerajaan, sebaliknya perlu mengambil kira kecekapan pentadbiran, ketelusan kutipan dan mekanisme perlindungan kepada rakyat.

“GST bukan sekadar soal kerajaan mengutip lebih banyak cukai, tetapi mengenai potensi Malaysia membina sistem percukaian yang lebih cekap, mempunyai asas cukai lebih luas serta menyediakan mekanisme perlindungan rakyat yang lebih baik,” katanya.

Mengulas pendirian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut menyuarakan pandangan mengenai GST, Noor Hariri berkata, perbincangan mengenai perkara itu perlu dilihat dari sudut kepentingan rakyat dan ketelusan pengurusan kewangan negara.

Katanya, kerajaan perlu bersikap realistik dengan menilai pencapaian setiap sistem berdasarkan fakta, angka dan keberkesanannya, bukannya mempertahankan sesuatu mekanisme tanpa penelitian menyeluruh.

“Janganlah kita menjadi seperti tikus membaiki labu. Niatnya mahu memperbaiki keadaan, tetapi akhirnya kerosakan menjadi lebih besar,” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *