Kerugian ekonomi akibat kebakaran Indonesia cecah RM123 bilion

JAKARTA: Kerugian daripada kebakaran yang memusnahkan kawasan hutan dan tanah gambut di Indonesia pada 2026 dianggarkan sebanyak AS$30 bilion (RM123 bilion).

Menurut kajian baharu oleh Pusat Kajian Ekonomi dan Undang-Undang (CELIOS) yang berpangkalan di Jakarta, mendapati kerugian aset fizikal dan gangguan aktiviti ekonomi sahaja dianggarkan sebanyak 340 trilion rupiah.

Menurut laporan CELIOS turut mendedahkan jumlah itu adalah kira-kira 2.69 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Indonesia.

Selain itu, kos kesihatan tambahan akibat jangkitan saluran pernafasan akut yang berpunca daripada kebakaran hutan di kepulauan Borneo, Sumatera dan Papua pula boleh mencecah hingga 225 trilion rupiah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Terdapat juga kos ekonomi yang ditanggung oleh orang awam, secara langsung mahupun tidak langsung,” kata Pengarah CELIOS, Nailul Huda, yang juga pengarang bersama laporan itu.

Menurut pemantau penebangan hutan Nusantara Atlas, kebakaran hutan sudah memusnahkan 2.88 juta hektar setakat 2026.

Kawasan terjejas itu adalah 18 kali lebih besar daripada saiz London.

Indonesia mengalami kebakaran setiap musim kemarau, namun kebakaran pada 2026 adalah amat teruk.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Penyelidik berkata, fenomena cuaca El Nino yang kuat, perubahan iklim, penebangan hutan dan penyaliran tanah gambut untuk kegiatan perlombongan dan perladangan telah memburukkan lagi musim kebakaran 2026.

Kebakaran berkenaan membawa jerebu yang menyebabkan ratusan ribu penduduk di Indonesia jatuh sakit, malah kesan jerebu sehingga ke Malaysia dan Singapura.

Dalam satu sesi mesyuarat ASEAN pada 15 November lalu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, memohon maaf kepada Malaysia dan Singapura bagi pihak pemerintah beliau atas sebarang impak yang mungkin ditanggung oleh rakyat kedua-dua negara akibat kebakaran hutan di Indonesia.

Beliau juga menyatakan pihak berkuasa negaranya akan terus mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang dikaitkan dengan punca kebakaran itu.

Prabowo menarik perhatian bahawa pemerintah Indonesia telah dan akan terus mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang terbabit dalam kes kebakaran hutan yang menyebabkan masalah jerebu.

Beliau berkata, negaranya juga bersedia untuk menubuhkan sebuah badan baharu bagi memperkukuh langkah-langkah pencegahan kebakaran hutan. – Agensi

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *