Polis intip pegawai TUDM seludup dadah sejak Januari

KULIM: Intipan pihak polis terhadap kegiatan penyeludupan dadah rentas sempadan membabitkan pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilakukan sejak Januari lalu lagi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, usaha risikan berterusan itu berjaya meyakinkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada Julai lalu, bahawa berlakunya kegiatan penyeludupan dadah membabitkan aset TUDM.

Katanya, kumpulan pegawai terbabit dikesan menggunakan kemudahan TUDM bagi membawa dadah dari satu lokasi ke lokasi lain tanpa melalui pemeriksaan ketat seperti yang dibuat pihak berkuasa di pintu masuk rasmi.

“Ekoran penangkapan pembantu juruterbang kita di Jakarta tempoh hari, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) meningkatkan dan memperketat langkah keselamatan di pintu keluar masuk terutama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Jadi ini tentunya memberi kesan kepada sindiket yang menjalankan aktiviti penyeludupan, maka mereka terpaksa memilih kaedah penyeludupan lain, mereka pilih melalui pelabuhan dan kaedah lain.

“Maka mereka guna kaedah membawa dadah menggunakan kemudahan TUDM dari satu titik ke satu titik dan jumlah yang kita kesan iaitu 96 kilogram (kg) adalah besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Kampung Paya Besar, Lunas dekat sini, malam tadi.

Saifuddin Nasution berkata, hasil kerjasama antara JSJN dan TUDM akhirnya memberikan hasil apabila pihak berkuasa berjaya mengesah dan mengesan kegiatan membawa dadah dari Semenanjung ke Sabah.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas bagasi di dalam premis TUDM pada hari kejadian berjaya menemukan sejumlah dadah, sekali gus mengesahkan pembabitan pegawai dan orang awam berkaitan.

“Pegawai TUDM terbabit masih ditahan reman dan fokus polis adalah untuk kenal pasti sama ada ini benar perbuatan sindiket, berapa lama aktiviti ini berjalan, apakah hanya pada hari tangkapan atau lebih awal?

“Kita tak tahu lagi sindiket ini tempatan atau luar kerana tangkapan yang dibuat ada orang awam dan tentera, tetapi kalau jumlahnya lebih seorang, tentu ada kemungkinan ada sindiket di belakangnya dan kita tidak menolak akan ada tangkapan lagi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa pegawai TUDM, termasuk juruterbang, terbabit kes penyeludupan dadah membabitkan jumlah yang besar.

Perdana Menteri menyifatkan kes itu sebagai amat membimbangkan, sekali gus memberi amaran bahawa tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka yang terbabit tanpa mengira pangkat.

Berikutan itu pada Khamis lalu, Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan, lima pegawai TUDM ialah antara 11 suspek ditahan di sekitar Lembah Klang dan Labuan, kerana disyaki terbabit aktiviti pengedaran 96.64 kg dadah dengan menggunakan aset TUDM, baru-baru ini.

Beliau berkata, 11 individu termasuk enam orang awam itu diberkas susulan penemuan dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM4.83 juta. – Berita Harian

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *