Trump mahu meterai perjanjian ‘kekal’ dengan Iran, halang pembangunan senjata nuklear

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berhasrat memeterai perjanjian jangka panjang dengan Iran bagi memastikan negara itu tidak memperoleh senjata nuklear, walaupun selepas beliau meninggalkan Rumah Putih.

Agensi Anadolu melaporkan, Trump dalam temu bual menerusi telefon bersama Fox News semalam, berkata perjanjian itu perlu bersifat kekal supaya presiden AS pada masa depan tidak boleh mengubah pendirian dan membenarkan Iran membangunkan senjata nuklear.

“Kita mencapai perjanjian, kemudian mereka melanggarnya pada keesokan hari.

“Apa yang saya lakukan ialah memastikan sekiranya kita mempunyai presiden tidak cekap dalam tempoh empat, 15 atau 20 tahun akan datang, saya tidak mahu membuat perjanjian yang tidak kekal,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau menegaskan perjanjian baharu itu memastikan Iran tidak dapat membangunkan senjata nuklear, walaupun AS dipimpin presiden lain pada masa depan.

Beliau turut menegaskan tidak akan membenarkan pentadbiran AS pada masa depan menarik balik sekatan terhadap pembangunan senjata nuklear Iran.

Mengulas dakwaan Washington mahu menukar rejim di Tehran, Trump berkata pentadbirannya kini berurusan dengan kumpulan kepemimpinan ketiga Iran.

“Jadi, anda boleh menganggapnya sebagai perubahan rejim secara menyeluruh,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau menyifatkan pemimpin Iran ketika ini mungkin lebih terbuka kepada rundingan, namun mengakui urusan dengan mereka masih sukar. – BERNAMA-ANADOLU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *