Mesyuarat Kabinet bincang penyeludupan dadah babitkan TUDM minggu depan

KULIM: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membawa isu penyeludupan dadah membabitkan aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, minggu depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, Perdana Menteri berhasrat membincangkan kemungkinan kawalan keselamatan pintu keluar masuk negara diperluas ke kawasan pangkalan udara pasukan keselamatan.

Katanya, ini kerana terdapat banyak pangkalan udara di seluruh negara di bawah kawalan pihak tentera, selain polis melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU), terdedah kepada risiko penyeludupan.

“Ketika kejadian ini berlaku, saya bersama Perdana Menteri berada di Shenzen dan beliau menyampaikan kepada saya berkaitan kawalan pintu masuk negara di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dan sebagainya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Jadi Perdana Menteri ada cadangan dan beliau akan bawa pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada khusus untuk bincang isu ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Kampung Paya Besar, Lunas dekat sini, malam tadi.

Saifuddin Nasution berkata, fokus utama pihaknya ketika ini adalah memastikan bahan terlarang tidak dibawa masuk atau keluar melalui pintu masuk udara rasmi negara.

Katanya, bagaimanapun, wujud kemungkinan peranan itu akan diperluas ke pintu masuk udara lain, susulan kejadian penyeludupan dadah membabitkan pegawai TUDM.

“Apakah kawalan kita hanya terhadap pintu masuk rasmi sahaja dan tak termasuk pangkalan pasukan keselamatan seperti tentera dan polis kerana polis misalnya ada pangkalan untuk PGU dan TUDM juga ada banyak pangkalannya sendiri.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Sekarang fokus kita adalah kawalan pintu masuk, tetapi ekoran insiden ini, Perdana Menteri bangkitkan untuk KDN melihat balik apakah ini wajar untuk kita lihat?” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Anwar mendedahkan pegawai TUDM, termasuk juruterbang, terbabit kes penyeludupan dadah membabitkan jumlah yang besar.

Perdana Menteri menyifatkan kes itu sebagai amat membimbangkan, sekali gus memberi amaran bahawa tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka yang terbabit tanpa mengira pangkat.

Berikutan itu pada Khamis lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan, lima pegawai TUDM ialah antara 11 suspek ditahan di sekitar Lembah Klang dan Labuan kerana disyaki terbabit aktiviti pengedaran 96.64 kilogram (kg) dadah dengan menggunakan aset TUDM, baru-baru ini.

Beliau berkata, 11 individu termasuk enam orang awam itu diberkas susulan penemuan syabu dianggarkan bernilai RM4.83 juta. – Berita Harian

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *