Laluan baharu LTU Seksyen 3J di Lipis dibuka hari ini

LIPIS – Pengguna jalan raya bakal menikmati kemudahan perjalanan lebih lancar dan selesa apabila jajaran Lingkaran Tengah Utama (LTU) Seksyen 3J dari Kampung Seberang Jelai ke Kampung Relong, Lipis, Pahang, dibuka kepada orang ramai mulai jam 11.30 pagi ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pembukaan jajaran sepanjang 6.95 kilometer itu akan memberi manfaat kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan urusan harian termasuk perjalanan ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah serta mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Beliau berkata, jajaran berkenaan dirasmikan semalam bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, sekali gus menandakan satu lagi kemajuan dalam usaha memperkukuh jaringan infrastruktur jalan raya negara.

Projek bernilai RM339.7 juta itu merangkumi pembinaan jalan berkembar empat lorong mengikut piawaian JKR R5, lima jambatan serta pelbagai kemudahan infrastruktur sokongan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurutnya, pembukaan laluan berkenaan menjadikan keseluruhan jajaran LTU yang boleh digunakan orang ramai di Pahang meningkat kepada 115.6 kilometer.

LTU, yang sebelum ini dikenali sebagai Central Spine Road (CSR), merupakan rangkaian jalan raya tanpa tol sepanjang 299.4 kilometer yang menghubungkan Kuala Krai, Kelantan, dengan Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Pahang.

Projek berkenaan membabitkan kos keseluruhan RM7.7 bilion dan menjadi antara inisiatif penting kerajaan dalam meningkatkan hubungan pengangkutan antara negeri di Pantai Timur.

Nanta turut menegaskan kepentingan pemeriksaan dan penyelenggaraan secara berterusan bagi memastikan kemudahan jalan raya itu sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan dapat digunakan untuk jangka panjang.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, kontraktor, perunding serta semua pihak yang terbabit dalam menjayakan projek berkenaan.

Pengguna jalan raya turut diingatkan supaya mematuhi had laju dan sentiasa mengutamakan keselamatan ketika menggunakan laluan baharu itu.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *