Aset bukan runcit Hektar REIT sumbang 17 peratus pendapatan

KUALA LUMPUR – Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) terus mengurangkan kebergantungannya kepada pusat beli belah apabila aset bukan runcit kini menyumbang 17 peratus kepada pendapatan hartanah bersih (NPI) bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2026, disokong sumbangan baharu hartanah perindustrian di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Hektar REIT berkata, hartanah perindustrian yang baru diperoleh di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas menyumbang NPI sebanyak RM514,000 pada suku ketiga 2026, menandakan sumbangan suku penuh pertamanya kepada pendapatan kumpulan.

Bersama-sama aset pendidikan, hartanah perindustrian itu kini membentuk 17 peratus daripada keseluruhan NPI Hektar REIT bagi tempoh sembilan bulan, mencerminkan strategi kumpulan mempelbagaikan sumber pendapatan melangkaui sektor peruncitan.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management, Zainal Iskandar Ismail berkata, pengembangan portfolio tersebut merupakan langkah penting untuk membina sumber pendapatan yang lebih stabil dalam jangka panjang.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Suku tahun ini juga menandakan sumbangan suku penuh pertama daripada aset perindustrian kami yang baru diperoleh di Pulau Pinang, satu langkah ketara dalam mempelbagaikan asas pendapatan Hektar REIT melangkaui runcit.

“Kami menjangkakan sumber pendapatan bukan runcit kami yang lebih kukuh akan menyokong pendapatan yang lebih berdaya tahan dan mampan dalam jangka sederhana hingga panjang,” katanya.

Pendapatan hartanah bersih meningkat 5 peratus dari segi prestasi kewangan, Hektar REIT mencatatkan peningkatan pendapatan hartanah bersih (NPI) sebanyak 5 peratus kepada RM48.1 juta bagi sembilan bulan pertama 2026, manakala hasil meningkat kepada RM95 juta.

Bagi suku ketiga pula, hasil meningkat 3.2 peratus kepada RM32 juta, sementara NPI bertambah 3.5 peratus kepada RM15.4 juta berbanding tempoh sama tahun lalu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sementara itu, kadar penghunian keseluruhan portfolio Hektar REIT mencapai 89.2 peratus setakat 30 September 2026, dengan Segamat Central mencatatkan kadar penghunian 83.9 peratus susulan kemasukan penyewa baharu seperti BingXue, Cendol Express dan AE Cinemas.

Kumpulan turut merekodkan peningkatan kadar sewa keseluruhan sebanyak 4.4 peratus pada suku ketiga, terutamanya didorong Subang Parade dan Kulim Central.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *