"Nenggiri bersuara, hujan bermula dari hulu”

Noor Hariri kecam kenyataan Tony Pua didakwa persenda pengampunan diraja Najib

KOTA BHARU – Timbalan Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Noor Hariri Mohamed Noor mengecam kenyataan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang didakwa mempersenda dan mempersoalkan perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mendakwa, kenyataan Tony Pua menerusi Facebook itu mengandungi sindiran melampau serta berpotensi mencetuskan sentimen negatif terhadap institusi diraja.

Menurutnya, kenyataan sedemikian boleh menimbulkan persepsi dalam kalangan rakyat sehingga mempersoalkan hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Noor Hariri turut mempersoalkan sikap kepemimpinan DAP dan Pakatan Harapan (PH) yang didakwanya tidak mengambil tindakan atau menegur kenyataan berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau mendakwa, keadaan itu memperlihatkan perbezaan pendirian antara DAP dengan UMNO dalam menghormati kedudukan dan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara seperti diperuntukkan di bawah Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil serius perkara berkenaan kerana ia, menurutnya, membabitkan soal penghormatan terhadap institusi diraja negara.

Dalam status di akaun Facebooknya, Tony menyatakan beliau menerima beberapa panggilan daripada wartawan meminta pandangan mengenai kedudukan usaha Malaysia memerangi rasuah susulan keputusan membenarkan Najib menjalani tahanan rumah.

Beliau menjelaskan, pendirian institusi negara dalam perkara itu sebenarnya sudah cukup jelas, iaitu keputusan penghakiman oleh hakim dalam kes SRC International dan 1MDB yang mensabitkan Najib dengan kesalahan berkaitan rasuah serta penyelewengan telah disampaikan dengan tegas dan tidak meninggalkan sebarang keraguan mengenai keputusan mahkamah.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Anwar, katanya lagi, turut menegaskan, rekod kesalahan lampau seseorang tidak seharusnya menjejaskan usaha memerangi rasuah.

“Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook pula telah meletakkan jawatan sebagai menteri atas prinsip yang dipegangnya.

“Yang di-Pertuan Agong sendiri dalam kenyataan terbaharu menjelaskan Peguam Negara dan Menteri Wilayah Persekutuan yang mewakili kerajaan telah mengemukakan pandangan masing-masing kepada baginda.

“Bagaimanapun, keputusan memberikan pengampunan kepada Najib merupakan hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong dan keputusan itu tidak boleh serta tidak seharusnya dipertikaikan,” tulis beliau.

Justeru, ujarnya, mungkin segala pertanyaan dan persoalan berhubung keputusan berkenaan wajar ditujukan kepada pihak Istana.

Dengan cara itu, barangkali rakyat Malaysia dapat memperoleh penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai perkara sebenar.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *