PM kecam serangan terhadap anggota polis hingga putus pergelangan tangan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan seorang lelaki warga asing menyerang anggota polis menggunakan parang menyebabkan mangsa putus pergelangan tangan kanan dalam kejadian di Desa Aman Puri, Kepong, petang semalam.

Beliau menegaskan, sebarang bentuk jenayah dan keganasan, khususnya terhadap anggota penguat kuasa yang menjalankan amanah menjaga keselamatan rakyat tidak boleh diterima sama sekali.

“Tindakan tegas mesti diambil terhadap sebarang perbuatan jenayah tanpa mengira siapa pelakunya demi mempertahankan kedaulatan undang-undang serta menjamin keselamatan anggota penguat kuasa yang bertugas.

“Saya doakan anggota polis berkenaan segera diberi kesembuhan,” katanya menerusi hantaran Facebook, semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, anggota polis berusia 26 tahun berpangkat Lans Koperal daripada Cawangan Kereta Peronda (MPV), IPD Gombak diserang ketika menjalankan tugas membantu mengawal seorang lelaki yang dilaporkan mengamuk di sebuah premis kediaman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima laporan orang awam sebelum sepasukan polis bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta petugas Kementerian Kesihatan (KKM) digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, sebaik pintu kediaman dibuka, suspek bertindak menyerang anggota polis menggunakan dua bilah parang menyebabkan pergelangan tangan kanan mangsa terputus.

Mangsa turut mengalami kecederaan di kepala dan badan, manakala beberapa anggota bomba serta petugas KKM dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Shazeli berkata, suspek kemudian melarikan diri sebelum dikesan di sebuah taman permainan berhampiran kira-kira jam 8 malam.

Ketika polis cuba menahannya, lelaki itu sekali lagi bertindak menyerang anggota polis menggunakan parang sehingga beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan bagi mempertahankan diri.

Suspek disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Sementara itu, anggota polis yang cedera pada awalnya dibawa ke Hospital Selayang sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan pada tangan kanannya.

Shazeli berkata, mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kejadian itu turut tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai yang mengecam tindakan ganas terhadap anggota keselamatan ketika menjalankan tugas.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *