Oleh: Editorial ND
BUKAN dua kali, tapi berkali-kali ditegaskan dengan penuh yakin.
“Najib jejak kaki di rumah, saya akan letak jawatan.”
Hari ini, apa yang disebut itu sudah menjadi kenyataan.
Najib mendapat tahanan rumah.
Anthony Loke pula mengumumkan peletakan jawatan.
Dari satu sudut, nampak macam lelaki berprinsip.
Cakap serupa bikin.
๐ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Janji ditunaikan.
Tetapi, politik ini kadang-kadang seperti permainan catur. Buah yang digerakkan belum tentu kerana langkah terakhir.
Persoalannya, betulkah isu Najib satu-satunya sebab? Atau ada beban lain yang sudah lama tersimpan di bahu?
Isu Zetrix AI dan anak syarikatnya, misalnya turut menjadi perhatian susulan dakwaan kutipan bayaran urusan cukai jalan, lesen memandu dan saman JPJ yang belum diserahkan kepada kerajaan.
Angka yang dilaporkan pula bukan kecil. RM314 juta!
Kalau benar ada tunggakan sebesar itu, siapa yang perlu menjawab?
Jangan pula isu sebesar gunung ditutup dengan sehelai kain.
Dalam politik DAP sendiri, keadaan juga bukan semuanya indah.
Sokongan pengundi Cina dikatakan semakin merosot.
Kekalahan dalam mempertahankan kerusi DUN Chenah dan kehilangan jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan turut menjadi perkembangan yang tidak boleh dipandang sebelah mata.
Jadi, adakah peletakan jawatan ini benar-benar soal prinsip atau ada percaturan lebih besar di belakang tabir?
Kita tidak tahu. Tetapi, janganlah terlalu cepat menganggap setiap pengunduran sebagai pengorbanan.
Kadang-kadang orang turun pentas bukan kerana sudah menang, tetapi kerana pentas itu sendiri semakin bergoyang.
Dari luar nampak gagah. Di dalam, entah berapa banyak retak yang sedang ditampal.
Apa pun, satu soalan kecil untuk DAP.
Sany Hamzan tak teringin nak ambil alih kerusi Menteri Pengangkutankah? Peluang sudah terbuka ni.
Jangan tunggu sampai kereta api politik itu bergerak tanpa pemandu! – ND
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
