Jenazah Cico Harahap selamat dikebumikan

AMPANG – Jenazah pelakon Allahyarham Cico Harahap selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, pada jam 6.15 petang Ahad.

Urusan pengebumian berjalan lancar meskipun dalam keadaan hujan lebat dan tanah becak.

Kira-kira 200 orang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham, termasuk ibunya yang juga penyanyi legenda tanah air, Uji Rashid.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham Cico atau nama sebenar Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 48, dibawa ke Surau Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa bagi urusan mandi, kafan dan solat jenazah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Antara rakan selebriti yang hadir ialah Datuk Yusof Haslam, Aziz M. Osman, AR Badul, Ellie Suriaty, Joey Daud, Sabree Fadzil, Mak Jah dan Maman Teacher’s Pet.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang pada kira-kira jam 11 pagi tadi selepas seminggu menerima rawatan susulan masalah pernafasan.

Cico memulakan kerjaya seni sekitar 1993 dan kemudiannya dikenali menerusi beberapa karya popular termasuk “Puteri Impian” dan “Anak Mami”.

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *