Melaka berhak dapat kepimpinan amanah, berintegriti dan gigih bekerja – Anwar

MELAKA – Melaka berhak mendapat kepimpinan yang amanah, berintegriti dan gigih bekerja demi kesejahteraan rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, beliau yakin pengundi akan memilih calon-calon PH yang akan bekerja demi kebaikan dan perubahan yang nyata buat rakyat negeri itu.

“Melaka berhak mendapat kepimpinan yang amanah, berintegriti dan yang gigih bekerja untuk rakyat dan kesejahteraan mereka.

“Saya yakin warga Melaka akan memilih calon-calon HARAPAN yang akan bekerja demi kebaikan dan perubahan yang nyata buat rakyat Melaka. Melaka Rumah Kita!,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

PH bertanding di 24 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri pada PRN Melaka kali ini, dengan 10 daripadanya mengetengahkan calon PKR manakala DAP dan Parti Amanah Negara masing-masing tujuh.

SPR menetapkan 14 Nov sebagai hari pengundian manakala undi awal pada 10 Nov.

Bagi mendapatkan berita terkini PRN Melaka ke-16, layari https://election.bernama.com/prn/melaka/2026/. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *