Pelajar MTSTM Johan Pidato Perdana PMBI Peringkat Negeri Kelantan

TANAH MERAH – Kehebatan bakat pidato seorang pelajar Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah (MTSTM) terserlah apabila berjaya muncul Johan Kategori Cilik 7 hingga 13 tahun dalam pertandingan akhir pidato perdana Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI) peringkat negeri Kelantan.

Kejayaan membanggakan itu diraih oleh Najlaa’ Hasanah Aisyah Ahmad Najme yang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala serta sijil penyertaan dalam pertandingan yang berlangsung di H-Elite Design Hotel, Tunjong, Rabu lepas.

Guru MTSTM, Noor Afzan Mahamad Husin berkata, kejayaan tersebut amat membanggakan kerana Najlaa’ berjaya membuktikan kemampuan dirinya bersaing dengan peserta lain sehingga terpilih sebagai juara kategori berkenaan.

Menurutnya, pencapaian itu juga merupakan hasil minat, keberanian dan kesungguhan pelajar berkenaan dalam mengembangkan bakat pidato yang telah diasah sejak di bangku sekolah rendah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Alhamdulillah, kami amat bersyukur dan bangga dengan kejayaan Najlaa’. Pencapaian ini membuktikan bahawa bakat yang digilap melalui latihan, usaha berterusan serta sokongan guru dan keluarga mampu menghasilkan kejayaan yang membanggakan.

“Kami berharap kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada Najlaa’ untuk terus maju dalam bidang pidato, di samping menjadi inspirasi kepada pelajar lain agar berani mencungkil dan mengembangkan potensi diri masing-masing,” katanya.

Pertandingan anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) itu menyaksikan Najlaa’ berjaya melayakkan diri sebagai salah seorang daripada 10 finalis terbaik daripada keseluruhan 52 peserta yang menyertai pertandingan berkenaan.

Perjalanan Najlaa’ dalam bidang pidato bermula di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Asy-Syafie Jeli, Kelantan, sebelum melanjutkan pengajian ke Tingkatan Satu di MTSTM, salah sebuah Maahad Kawalan Tahfiz bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK).

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Lebih membanggakan, kejayaan tersebut bukanlah pencapaian pertama Najlaa’ apabila pada tahun lepas beliau pernah muncul Johan Pidato Bahasa Melayu (Perempuan) Tahap 2 peringkat kebangsaan anjuran SRITI Malaysia yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Dakwah Islamiyah (PUTIK), Pengkalan Chepa.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah pertandingan pidato tersebut disempurnakan oleh Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, Mohd Asri Mat Daud.

Kejayaan Najlaa’ membuktikan bahawa bakat, keberanian dan kesungguhan yang diasah sejak di bangku sekolah mampu melahirkan generasi muda berkeyakinan serta berkemampuan menyampaikan mesej islam kepada masyarakat.

Tahniah kepada Najlaa’ Hasanah Aisyah atas pencapaian cemerlang yang turut mengharumkan nama keluarga, sekolah dan negeri Kelantan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *