Akmal beri bayangan tinggalkan DUN Merlimau pada PRN Melaka

PETALING JAYA – Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh membayangkan kemungkinan meninggalkan DUN Merlimau untuk bertanding di kerusi lain pada PRN Melaka 14 Nov ini.

Dalam hantaran di Facebook, Akmal merakamkan penghargaan kepada pengundi di Merlimau kerana memilihnya pada PRN 2021, sekali gus memberikannya penggal pertama sebagai wakil rakyat.

“Selepas ini ke mana? Kalau ke Serkam atau Sungai Rambai boleh ke? Atau ada cadangan lain?,” katanya.

Sungai Rambai dan Serkam merupakan kubu kuat Umno yang tidak pernah terlepas daripada genggaman parti itu, namun Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Serkam dengan majoriti yang amat tipis pada 2021.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

BN memenangi kerusi Serkam dalam pertandingan empat penjuru, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 79 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH) dan calon bebas ketinggalan jauh.

Akmal dipilih sebagai Adun Merlimau pada 2021 dengan majoriti 3,248 undi, sekali gus membolehkan BN mengekalkan kubu kuat Umno itu dengan mudah.

Pemimpin lantang Umno itu kemudian dilantik sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), dengan portfolio kesihatan sebelum ditukar kepada pembangunan luar bandar, pertanian dan keterjaminan makanan pada 2023.

Akmal turut dipilih sebagai ketua Pemuda Umno pada 2023 selepas menewaskan tiga pencabar bagi jawatan itu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *