Polis mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Warga Filipina disyaki dalang penyeludupan 521kg dadah guna jet persendirian

KUALA LUMPUR: Seorang warga Filipina disyaki menjadi dalang sindiket penyeludupan 521 kilogram (kg) methamphetamine yang dirampas daripada sebuah jet persendirian di Laos pada 1 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata individu itu dipercayai menempah penerbangan bernilai AS$49,500 (kira-kira RM202,000) pada 23 September lalu dengan mengisytiharkan muatannya sebagai produk vape.

Penerbangan berkenaan dijadualkan membawa barangan dari Laos ke Manila, Filipina, namun siasatan awal mendapati perkhidmatan jet itu dipercayai digunakan untuk menyeludup dadah.

“Kita masih lagi siasat sama ada mana-mana pemilik syarikat ini terlibat dalam sindiket ini ataupun mereka juga telah digunakan oleh sindiket,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut Hussein, tempahan itu dibuat menerusi sebuah syarikat penerbangan persendirian yang ditubuhkan empat juruterbang, masing-masing dua warga Malaysia dan Singapura.

Syarikat yang mula beroperasi pada Julai lalu itu menerima sembilan tempahan penerbangan, termasuk penerbangan yang dikaitkan dengan rampasan dadah berkenaan.

Maklumat mengenai muatan yang diisytiharkan sebagai produk vape diperoleh menerusi manifes penerbangan di Subang serta maklumat daripada pihak berkuasa Laos.

Polis turut berkongsi maklumat dengan Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) bagi mengesan individu yang dipercayai membuat tempahan penerbangan itu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dalam perkembangan berkaitan, empat individu, termasuk seorang pemilik syarikat, yang ditahan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Rabu lalu, telah dibebaskan selepas keterangan mereka direkodkan.

Polis juga sedang menunggu kebenaran pihak berkuasa Laos untuk menemui rakyat Malaysia yang ditahan di negara itu bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes berkenaan.

Pada 1 Oktober lalu, pihak berkuasa Laos merampas 521kg methamphetamine yang disimpan dalam 500 bungkusan daripada sebuah jet jenis Learjet di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang.

Pesawat itu dilaporkan berlepas dari Subang tanpa membawa dadah sebelum muatan berkenaan dipercayai dimasukkan di Laos untuk dihantar ke Manila.

Seramai 13 individu, termasuk juruterbang, pembantu juruterbang, seorang pelancong asing serta kakitangan syarikat dan lapangan terbang, ditahan pihak berkuasa Laos bagi membantu siasatan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *