Polis buru suspek khianat Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Tumpat

KOTA BHARU – Polis sedang mengenal pasti seorang lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian khianat di Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Kota SPP Warisan di Tumpat, semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu.

Beliau berkata, dalam kejadian pada jam 6.35 pagi, anggota Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian berkenaan.

“Pemeriksaan awal mendapati pintu kaca masjid telah dipecahkan, selain terdapat cecair berwarna coklat kehijauan dan berbau kurang menyenangkan dituang pada karpet di ruang solat. Kes disiasat di bawah Seksyen 295 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mohd Khairi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek, motif kejadian serta jumlah kerosakan atau kerugian yang terlibat.

Kata beliau, pihaknya memandang serius kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, tuduhan atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu siasatan. Maklumat boleh disalurkan terus kepada Bilik Gerakan IPD Tumpat menerusi talian 09-725 6226,” katanya. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *