KUALA TERENGGANU — Sebanyak 203 sekolah dari setiap daerah di Terengganu mengambil bahagian dalam Pertandingan Inovator Muda Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) yang julung kali dianjurkan dengan kerjasama Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT).
Pertandingan yang menawarkan Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan itu terbuka kepada murid dan pelajar daripada pelbagai aliran termasuk sekolah agama dan sekolah persendirian.
Lebih menarik, penyertaan kali ini turut datang dari sekolah luar bandar seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Keruak di Hulu Besut dan SK Kuala Berang di Hulu Terengganu, manakala SK Pulau Perhentian pula membawa muridnya merentasi lautan untuk menyertai pertandingan berkenaan.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Dato’ Mohd Fadzli Yusof berkata, penglibatan sekolah daripada pelbagai latar belakang itu menunjukkan peluang dalam pendidikan STEM perlu diberikan secara lebih terbuka.
“Matlamat utama Yayasan Diraja Sultan Mizan adalah untuk mempertingkatkan, memperkasakan dan memperhebatkan taraf sosio ekonomi penduduk Terengganu khususnya dan Malaysia amnya.

“Bila kita bercakap mengenai sosio ekonomi ia meliputi pelbagai bidang termasuk pendidikan. Dalam sistem pendidikan moden ini kita sedia maklum, pentingnya TVET.
“Peluang sama rata juga sewajarnya diberikan kepada setiap murid sekolah ini tanpa mengira latar belakang sesuatu sekolah mahupun institusi atau aliran sekolah itu, di mana kita boleh lihat pada hari ini sekolah beraliran agama juga turut bertanding. Ianya suatu penanda aras yang baik untuk usaha bersama ini,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif PSKT, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim berkata, antara kekuatan pertandingan itu ialah penglibatan juri daripada kementerian berkaitan, industri dan institusi pendidikan tinggi untuk menilai hasil inovasi peserta.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurutnya, peserta perlu menghasilkan inovasi berteraskan kecerdasan buatan (AI) yang memberi tumpuan kepada keperluan orang kelainan upaya, warga emas serta aspek keselamatan dalam kehidupan seharian.
Sebanyak lima kategori dipertandingkan dalam program sehari itu dengan lima penyertaan terbaik setiap kategori dipilih ke peringkat akhir bagi merebut Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan yang akan diumumkan pada penghujung tahun ini.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
