Tidak benar Irene Sofiya diseret dari surau ke dewan sekolah – Fadhlina

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, diseret dari surau ke dewan sekolah sebelum ditemui maut di Yong Peng, kelmarin.

Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek turut menafikan dakwaan cermin surau sekolah itu pecah dan dikaitkan dengan kejadian berkenaan.

“Semua itu tidak benar. Saya minta semua pihak berhati-hati sebelum berkongsi sesuatu kerana kita bercakap mengenai seorang anak yang sudah meninggal dunia, keluarga yang sedang berduka dan pelajar bawah umur yang masih melalui siasatan,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Menurutnya, siasatan kini dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala KPM memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa tanpa mendahului proses undang-undang.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Fadhlina berkata, KPM turut melakukan semakan menyeluruh terhadap aspek keselamatan sekolah termasuk kawalan keluar masuk, rondaan, CCTV, pematuhan SOP serta tugas syarikat kawalan keselamatan pada hari kejadian.

Beliau berkata, dewan tempat Irene Sofiya ditemukan maut tidak mempunyai kemudahan CCTV, namun KPM akan memperluas pemasangan kamera keselamatan serta membaiki atau menggantikan unit yang rosak.

Pada masa sama, pasukan sokongan psikososial KPM telah digerakkan bagi membantu keluarga mangsa, rakan, murid dan warga sekolah yang terkesan.

Fadhlina turut menyifatkan Irene Sofiya sebagai murid berprestasi akademik baik, tidak mempunyai masalah disiplin serta disenangi guru dan rakan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dalam kejadian kelmarin, Irene Sofiya ditemukan maut di bawah pentas dewan sekolah oleh neneknya selepas mangsa tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan.

Tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun kemudian ditahan, dengan seorang daripadanya direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *