Tun M sebak di pusara isteri, air mata mengalir saat menabur mawar

PUTRAJAYA – Hanya beberapa hari selepas kehilangan insan yang mendampinginya selama lebih tujuh dekad, Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali menziarahi pusara isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali pagi ini.

Bekas Perdana Menteri itu tiba di Pusara Negara, Presint 20, pada jam 11.05 pagi dan berada di sisi pusara Allahyarhamah selama kira-kira 15 minit sebelum beredar ditemani ahli keluarga.

Suasana menjadi hiba apabila Tun Mahathir kelihatan sebak dan mengalirkan air mata ketika menadah tangan berdoa di pusara Siti Hasmah.

Beliau turut menaburkan bunga mawar sebagai tanda kasih dan penghormatan buat isteri tercinta.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kunjungan itu dilakukan selepas Tun Mahathir dilaporkan dalam perjalanan pulang ke kediamannya dari Institut Jantung Negara (IJN), selepas dimasukkan ke hospital kelmarin bagi menjalani rawatan berkala.

Setiausaha Akhbar Tun Mahathir, Sufi Yusoff sebelum ini memaklumkan bekas Perdana Menteri itu mengalami keletihan akibat tekanan dan kekurangan tidur susulan pemergian isterinya pada Isnin lalu.

Kehadiran Tun Mahathir pagi ini sekali lagi memperlihatkan beratnya kehilangan yang sedang ditanggung keluarga berkenaan, khususnya selepas lebih 70 tahun kehidupan mereka dilalui bersama.

Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada Isnin lalu, meninggalkan bukan sahaja keluarga, malah kenangan panjang sebagai tokoh yang turut menjadi sebahagian daripada perjalanan sejarah negara.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sementara itu, Pusara Negara terus dikunjungi orang ramai yang hadir untuk menziarahi pusara Siti Hasmah, membaca doa dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.

Antara yang hadir pagi ini, Datuk Marina Mahathir, yang tiba pada jam 10.05 pagi bersama anak perempuannya.

Kehadiran ahli keluarga, kenalan dan orang ramai silih berganti menziarahi pusara itu, menjadikan suasana di Pusara Negara terus diselubungi kesayuan.

Bagi Tun Mahathir, kunjungan singkat itu bukan sekadar ziarah. Di pusara itulah beliau kembali berhadapan dengan hakikat insan yang sekian lama menjadi teman hidup, tempat berkongsi suka dan duka serta pendamping dalam perjalanan panjang hidupnya, kini telah pergi buat selama-lamanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *