KUALA LUMPUR – Para pemegang saham Golden Destinations Group Berhad (Golden Destinations) hari ini, meluluskan cadangan pengambilalihan dua hartanah untuk dijadikan ibu pejabat baharunya dengan pertimbangan tunai gabungan sebanyak RM45 juta.
Cadangan tersebut melibatkan dua petak komersial dan sembilan petak pejabat dalam Menara Liberty dengan harga RM42.75 juta, bersama-sama dengan bangunan komersial dua tingkat bersebelahan yang dikenali sebagai “Menara Liberty Annex” dengan harga RM2.25 juta.
Dengan para pemegang saham telah meluluskan kedua-dua resolusi itu anak syarikat milik penuhnya ICE Holidays kini boleh meneruskan ke arah penyiapan pengambilalihan, tertakluk kepada kelulusan berkaitan dan pemenuhan syarat-syarat selebihnya, jika berkenaan.
Pengarah Urusan Golden Destinations Group Berhad, Mita Lim berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada para pemegang saham atas sokongan penuh mereka.
“Kelulusan ini membolehkan syarikat bergerak ke hadapan dengan inisiatif utama yang dinyatakan dalam prospektus dan menandakan satu lagi langkah dalam memenuhi komitmen yang dibuat semasa penyenaraian.
“Ibu pejabat baharu ini akan menyediakan platform lebih kukuh untuk menyokong pertumbuhan berterusan perniagaan, meningkatkan keupayaan operasi dan menampung pengembangan jangka panjang Kumpulan,” katanya.
Beliau menambah, pengambilalihan yang dicadangkan mencerminkan pendekatan dengan menyediakan infrastruktur dan kapasiti diperlukan untuk mengukuhkan asas operasi syarikat serta menyokong penskalaan berterusan perniagaan Kumpulan dengan cara terukur dan mampan.
Telegram: Nasional Daily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
