Fokus pulih sokongan UMNO, ketepi jawatan dalam kabinet - Dr Akmal

Pemuda UMNO cadang kerajaan perluas insentif solar, bantu rakyat kurangkan bil elektrik – Dr. Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Salleh menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa kerajaan akan meneliti langkah mitigasi bagi meringankan beban rakyat susulan kenaikan bil elektrik.

Namun, beliau berkata, langkah mitigasi semata-mata tidak memadai sekiranya kerajaan mahu menyelesaikan isu peningkatan kos elektrik secara lebih menyeluruh dan berjangka panjang.

Menurutnya, kerajaan perlu melihat pendekatan yang bukan sahaja membantu rakyat menghadapi kenaikan bil dalam jangka pendek, tetapi pada masa sama memberi mereka peluang mengurangkan kebergantungan kepada bekalan elektrik daripada grid.

“Rakyat memerlukan penyelesaian yang berkesan untuk jangka panjang. Kerajaan wajar membantu lebih banyak isi rumah beralih kepada tenaga solar supaya mereka mempunyai pilihan untuk mengurangkan bil elektrik secara berterusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sehubungan itu, Dr. Akmal mengemukakan dua cadangan yang boleh dipertimbangkan kerajaan bagi memperluas penggunaan tenaga solar dalam kalangan isi rumah.

Pertama, kerajaan perlu menyediakan insentif kepada syarikat yang terbabit dalam industri solar bagi menggalakkan lebih banyak penyedia memasuki dan menawarkan perkhidmatan pemasangan kepada pengguna.

Katanya, peningkatan jumlah penyedia perkhidmatan dan persaingan yang sihat dalam industri berpotensi membantu menurunkan kos pemasangan serta menjadikan sistem solar lebih mampu milik untuk rakyat.

“Kerajaan perlu mewujudkan ekosistem yang menggalakkan lebih banyak syarikat menawarkan perkhidmatan pemasangan solar.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Apabila lebih banyak syarikat bersaing, rakyat mempunyai lebih banyak pilihan dan ini boleh membantu menghasilkan harga yang lebih kompetitif,” katanya.

Kedua, kerajaan dicadangkan menyediakan rebat khusus kepada isi rumah yang memasang sistem solar.

Menurut Dr Akmal, kos permulaan yang tinggi sering menjadi antara halangan utama kepada isi rumah untuk beralih kepada tenaga solar walaupun langkah tersebut berpotensi memberikan penjimatan dalam tempoh yang lebih panjang.

“Rebat kerajaan boleh membantu mengurangkan kos pemasangan awal dan menjadikan tenaga solar lebih mudah dicapai oleh lebih ramai rakyat, khususnya isi rumah yang mahu mengurangkan perbelanjaan elektrik secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan tersebut juga perlu dilihat sebagai satu bentuk pelaburan jangka panjang kerajaan dan bukan semata-mata sebagai bantuan untuk menghadapi kenaikan tarif elektrik.

Katanya, sekiranya kerajaan terus bergantung kepada bantuan atau subsidi bagi menampung peningkatan kos penjanaan elektrik, kedudukan kewangan negara berpotensi menerima tekanan apabila berlaku kenaikan harga bahan api atau kos penjanaan pada masa hadapan.

“Sebaliknya, pelaburan untuk membantu rakyat menggunakan tenaga solar boleh memberikan manfaat jangka panjang.

“Semakin banyak isi rumah mampu menjana sebahagian keperluan elektrik sendiri, semakin besar peluang untuk mengurangkan kebergantungan mereka kepada bekalan daripada grid,” katanya.

Dr Akmal berkata, pendekatan itu juga selari dengan keperluan negara untuk memperluas penggunaan tenaga boleh baharu dan pada masa sama memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat.

“Sudah tiba masanya tenaga solar dijadikan pilihan yang lebih mampu dicapai oleh rakyat, bukan sesuatu yang hanya boleh dinikmati oleh golongan berkemampuan.

“Ringankan bil elektrik rakyat hari ini, tetapi pada masa sama berikan mereka jalan untuk mengurangkan kos elektrik pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan boleh meneliti mekanisme insentif yang bersesuaian supaya bantuan yang diberikan bukan sahaja mengurangkan tekanan kewangan isi rumah dalam jangka pendek, malah membolehkan rakyat membuat pelaburan yang memberi manfaat kepada mereka untuk tempoh lebih panjang.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *