Kedai emas disamun kali kedua, kerugian dianggar hingga RM1 juta

SUNGAI PETANI – Sebuah kedai emas di sebuah pusat beli-belah di sini, disamun sekumpulan empat lelaki bertopeng yang dipercayai bersenjatakan tukul dan senjata tajam, malam tadi.

Lebih membimbangkan, premis berkenaan pernah menjadi sasaran samun pada 2024, dengan kerugian ketika itu dianggarkan kira-kira RM1 juta.

Dalam kejadian terbaharu sekitar jam 7.20 malam, dua daripada empat suspek memasuki premis sebelum memecahkan tiga cermin pameran dan melarikan sejumlah barang kemas.

Dua lagi suspek dipercayai menunggu kira-kira 20 meter dari kedai berkenaan, dipercayai bagi memastikan urusan melarikan diri berjalan lancar.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam sejurus selepas rompakan berlaku.

Menurutnya, dua suspek yang masuk ke dalam premis dipercayai mengambil barang kemas sebelum melarikan diri bersama dua rakan mereka.

“Kerugian sebenar masih dalam siasatan. Jumlah antara RM700,000 hingga RM1 juta itu adalah anggaran awal yang diberikan pemilik kedai emas.

“Kita masih menunggu senarai lengkap barang kemas yang hilang daripada pihak premis bagi menentukan jumlah kerugian sebenar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam tadi.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Hanyan berkata, ketika kejadian terdapat dua pekerja dalam premis berkenaan, namun kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, beberapa orang awam turut cuba membantu selepas kejadian dan menemui sejumlah barang kemas yang dipercayai tercicir atau ditinggalkan suspek sebelum menyerahkannya kepada polis.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak terburu-buru atau membahayakan diri ketika cuba mengejar atau menangkap penjenayah, terutama jika suspek dipercayai bersenjata.

“Kita tidak tahu sama ada mereka mempunyai senjata yang lebih berbahaya. Jadi, keselamatan orang awam perlu diutamakan.

“Pada masa sama, kita mengalu-alukan maklumat daripada saksi, termasuk ciri fizikal, bentuk badan, percakapan atau sebarang pergerakan mencurigakan yang dilihat sebelum kejadian,” katanya.

Menurutnya, polis masih menyiasat nombor pendaftaran dua motosikal yang dipercayai digunakan suspek untuk melarikan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan, masing-masing berkaitan samun berkumpulan dan samun atau rompakan dengan menggunakan senjata atau menyebabkan kecederaan.

Dalam perkembangan sama, Hanyan mengesahkan premis tersebut pernah disamun pada 2024, dengan nilai kerugian ketika itu dipercayai mencecah kira-kira RM1 juta.

Polis kini menjalankan siasatan lanjut termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi serta mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *