Empat kanak-kanak maut ketika cuba ambil bola dalam longkang

KULIM – Empat kanak-kanak berusia antara lapan hingga 12 tahun meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika cuba mengambil bola terjatuh dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, mangsa yang lemas ialah dua beradik tiri, Muhamad Aeril Aziz Muhamad Zafis, 12; dan Muhammad Arif Naufan Abdullah, 8; serta dua rakan mereka, Muhammad Zafril Arsyad Muhamad Azrin, 12; dan Muhammad Iman Nuruddin Khairol Anuar, 10.

Menurutnya, polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 7.45 malam memaklumkan mengenai kejadian empat mangsa lemas berhampiran kolam tadahan Taman Desa Kayangan.

“Pasukan perubatan tiba di lokasi mengesahkan dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kulim,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kata Syamsul, berdasarkan keterangan ibu mangsa, semua kanak-kanak berkenaan keluar rumah untuk bermain bola sebelum bola tersebut dipercayai melantun ke dalam longkang.

“Mangsa dipercayai cuba mengambil bola berkenaan sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam longkang.

“Tiada saksi melihat kejadian tersebut,” katanya.

Beliau berkata, semua mangsa dipercayai tinggal berhampiran Taman Desa Kayangan, manakala longkang berkenaan dianggarkan mempunyai kedalaman kira-kira tiga meter dan lebar 1.8 meter.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurutnya, mayat keempat-empat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *