MIRI – Seorang lelaki maut manakala tiga wanita cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka melanggar sebatang pokok di Taman Awam Miri, Jalan Bintulu-Miri, awal pagi ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira empat kilometer dari balai.
Setibanya di tempat kejadian, pihaknya mendapati mangsa yang juga pemandu berusia 24 tahun tersepit di tempat duduk hadapan susulan kemalangan itu.
“Pasukan bomba menjalankan kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan hari ini.
JBPM Sarawak memaklumkan seorang penumpang wanita mengalami kecederaan parah manakala dua lagi cedera ringan dan kesemua mereka diberikan rawatan oleh petugas KKM di lokasi.
Operasi ditamatkan pada jam 3.53 pagi. – BERNAMA
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
