Oleh: Noorumaina Mohamed Yunus
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) menganjurkan Science Castle Asia 2026 selama dua hari bermula 22 hingga 23 Ogos 2026 baru-baru ini di Dewan Tuanku Canselor, USIM bagi memperkukuh agenda melahirkan generasi muda berdaya cipta.
Program ini menjadi platform strategik dengan menghimpunkan pelajar, penyelidik muda, pendidik dan pemimpin industri dari pelbagai negara bagi membuka ruang pertukaran idea, memperluas jaringan kerjasama serta memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi dalam bidang STEM.
Majlis pelancaran yang disempurnakan Naib Cancelor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani turut dihadiri Setiausaha Kedua, Kedutaan Jepun di Malaysia, Mr. Yasue Shuji bagi meraikan gimik pelancaran Science Castle Asia 2026.

“USIM berbesar hati menjadi sebahagian daripada ekosistem antarabangsa ini, selaras dengan aspirasi kami untuk melahirkan graduan yang cemerlang dalam akademik, berdaya saing di peringkat global dan berpandukan integrasi ilmu Naqli dan Aqli dalam menyumbang bakti kepada masyarakat,” katanya.
USIM buat julung kalinya dipilih sebagai tuan rumah untuk program ini yang menghimpunkan seramai hampir 1,200 peserta melibatkan pelajar dari 10 negara iaitu Malaysia, Filipina, Singapura, Chinese Taipei, Jepun, Thailand, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Korea Selatan.
Dalam pada itu, program ini turut diserikan dengan pelancaran Buku Ulangtahun ke-10 FKAB sempena memperingati satu dekad pencapaian fakulti dalam kecemerlangan akademik, penyelidikan, inovasi dan kerjasama strategik dengan industri dan institusi di dalam dan luar negara.
“Penerbitan ini berfungsi sebagai rekod berharga perjalanan fakulti sepanjang dekad yang lalu, merakam pencapaian, peristiwa penting, kenangan dan sumbangannya kepada universiti dan masyarakat.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
“Coffee Book ini juga mencerminkan usaha kolektif kepimpinan fakulti, pensyarah, kakitangan, pelajar, alumni dan rakan kongsi yang telah menyumbang kepada pembentukan FKAB menjadi seperti sekarang,” katanya.

Beliau turut menggalakkan semua peserta Science Castle Asia 2026 menggunakan sepenuhnya platform ini untuk belajar, bertukar idea dan mewujudkan kerjasama bermakna yang akan memberi impak positif kepada masyarakat global.
Menurutnya, pendekatan itu selari dengan peranan USIM yang menekankan integrasi ilmu Naqli dan Aqli dalam melahirkan generasi muda berdaya cipta memenuhi keperluan generasi yang kreatif, inovatif dan berani membangunkan penyelesaian kepada cabaran semasa.
Noorumaina Mohamed Yunus adalah Penolong Pegawai Pusat Komunikasi Strategik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
