SPRM Gagal Lucut Hak Rm21.1 Juta, Jongkong Emas Aman Palestin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang berjumlah RM21.1 juta dan AS$139,650.68 serta sebuah jongkong emas seberat satu kilogram milik Aman Palestin Berhad.

Hakim Datuk Seri Latifah Mohd Tahar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wang yang dibekukan dalam 12 akaun bank milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan serta jongkong emas tersebut sebagai harta yang terlibat dalam kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Dalam penghakimannya, Latifah berkata, Aman Palestin adalah sebuah syarikat tidak berteraskan keuntungan yang ditubuhkan untuk menyelaras pelbagai bentuk bantuan amal kepada rakyat Palestin kurang bernasib baik di seluruh dunia.

Menurutnya, dana Aman Palestin diperoleh sepenuhnya melalui sumbangan orang ramai menerusi pelbagai kaedah, termasuk transaksi dalam talian, potongan bulanan daripada akaun serta tabung derma tunai di cawangan seluruh negara.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Bermula 2018 hingga 2023, jumlah kutipan derma mencecah RM123.9 juta,” katanya.

Hakim itu berkata, penderma menyalurkan sumbangan secara sukarela kepada Aman Palestin dan wang tersebut diterima sebagai milik penuh syarikat berkenaan.

Beliau berkata, Aman Palestin juga mempunyai hak kawalan sepenuhnya terhadap dana berkenaan tanpa sebarang syarat atau sekatan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan membekukan kesemua akaun bank itu pada November dan Disember 2023 sebelum permohonan pelucuthakan dibuat pada 15 November 2024.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pihak pendakwaan mendakwa dana tersebut telah diseleweng daripada objektif asal, manakala hasil siasatan menunjukkan lebih RM64 juta dipindahkan bagi tujuan pelaburan, pembelian hartanah dan emas.

Antara syarikat menerima pemindahan wang itu ialah Samudra Champa Sdn. Bhd., Kerengga Merah Sdn. Bhd., Isra Travel Sdn. Bhd. dan Yayasan Persahabatan Al-Insaniah Sejagat.

Bagaimanapun, mahkamah berpandangan sekiranya berlaku penyelewengan oleh pengarah syarikat ketika dana dikeluarkan untuk tujuan pelaburan, liabiliti berkenaan sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada individu terbabit, bukannya Aman Palestin sebagai responden.

“Mahkamah berpandangan, jika benar terdapat penyelewengan dilakukan oleh pengarah syarikat ketika wang itu dikeluarkan untuk pelaburan, liabiliti tanggungan adalah terhadap individu.

“Ia seharusnya diletakkan kepada pengarah-pengarah tersebut, tidak melibatkan responden,” katanya.

Latifah seterusnya memutuskan pihak pendakwaan gagal memenuhi beban pembuktian berdasarkan imbangan kebarangkalian bagi semua permohonan berkenaan.

“Oleh itu, permohonan pemohon ditolak,” katanya.

Prosiding itu dihadiri barisan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan, Noor Syazwani Mohamad Sobry dan Nurul Qistini Qamarul Abrar serta Pegawai Pendakwa, Fatin Farhana Ismail.

Aman Palestin pula diwakili antaranya Datuk Hisyam Teh Pok Teik, Datuk Zamani Ibrahim dan Datuk M Athimulan.

Selepas keputusan dibacakan, Farah Ezlin memohon penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah bagi menghentikan sementara pemulangan harta atau wang yang dibekukan dan disita sehingga keputusan rayuan diperoleh.

Latifah kemudian menetapkan pengurusan kes bagi permohonan tersebut pada 4 September ini.

Sebelum ini, pada 15 Februari 2024, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aman Palestin antara tiga yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 164 pertuduhan membabitkan pecah amanah, penipuan dan pengubahan wang haram berjumlah keseluruhan RM39.5 juta.

Mereka ialah Pengerusi Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, 60; CEO, Awang Suffian Awang Piut, 54; serta pengarah sebuah syarikat pelaburan, Khairudin Mohd Ali, 51.

Semua pertuduhan dibacakan dalam tempoh lebih dua jam dan ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dikemukakan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *