Oleh: Ismail Daud
KOTA BHARU – Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 1, dekat sini terpilih mewakili Kelantan dalam program Yakult Generasi Madani 2026 Yakult Dance Rope dan Misi Sihat Yakult melibatkan 1,200 murid kelas Tahun Satu hingga Tahun Enam yang diadakan di sini, kelmarin.
Guru Besarnya, Rozanita Ismail berkata, program yang mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Yakult (M) Sendirian Berhad itu bertujuan memberi kesedaran kepada warga sekolah mengenai penting mengamalkan aktiviti sihat dalam kehidupan harian.
Menurutnya, SK Kubang Kerian 1 dipilih Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK) menyertai program itu sebagai satu pengiktirafan kepada murid dan warga sekolah sebagai pemangkin budaya hidup sihat.
“Program ini meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan makanan seimbang, selain aktiviti fizikal dan mengamalkan gaya hidup sihat melalui pelbagai aktiviti interaktif termasuk Yakult Dance Rope dan Misi Sihat Yakult,” katanya berucap melancarkan program tersebut.
Menurutnya lagi, program itu dapat memperkukuhkan kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat ke arah generasi sihat dan aktif selain menyahut seruan aspirasi Malaysia Madani.
Majlis pelancaran tersebut dimeriahkan dengan sukan tarik tali dari murid Tahun Lima dan Tahun Enam.
Telegram: Nasional Daily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
