Saksi nahas maut lori JIM sedia bantu polis

KUALA LUMPUR – Seorang saksi kejadian kemalangan maut membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di sini, awal pagi semalam, bersedia tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan polis.

Faiz Hussamuddin berkata, dia berada di lokasi ketika kemalangan yang meragut nyawa tiga beranak serta mencederakan seorang lagi mangsa itu berlaku.

Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari Bukit Bintang dengan menunggang motosikal dan berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

“Lori JIM berada di arah bertentangan dan ketika itu memang mengaktifkan siren, manakala kenderaan di laluannya memberikan laluan,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Faiz berkata, dia menyaksikan sendiri perlanggaran itu sebelum membantu mangsa yang terlibat.

“Saya rasa trauma juga sebab melihat kejadian itu berlaku di depan mata, termasuk keadaan mangsa yang sudah lemah.

“Saya bersedia jika polis mahu mengambil keterangan daripada saya dan tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian,” katanya.

Kemalangan kira-kira jam 1 pagi itu membabitkan lori Isuzu Black Maria tanpa muatan yang sedang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan dipercayai memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah.

Bagaimanapun, katanya, lampu beacon dan siren lori terbabit ketika itu telah diaktifkan.

Pada masa sama, sebuah Proton Saga dipandu lelaki berusia 50 tahun sedang bergerak lurus ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau.

“Pemandu Proton Saga dipercayai tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran di tengah persimpangan.

“Lori berkenaan kemudian hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kenderaan Inokom Matrix yang berhenti di persimpangan lampu isyarat,” katanya.

Nahas itu mengorbankan seorang lelaki berusia 53 tahun dan dua anak perempuannya masing-masing berusia 25 serta 12 tahun.

Susulan kejadian, polis mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mengesan saksi bebas dan membawa kenderaan terbabit untuk pemeriksaan serta siasatan lanjut.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *