Segmen perkhidmatan keselamatan risiko siber pacu jana keuntungan LGMS

PETALING JAYA – LGMS Berhad (LGMS) penyedia perkhidmatan keselamatan siber bebas, mencatat hasil sebanyak RM20.93 juta bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, naik 19.66 peratus berbanding RM19.66 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Bagi tempoh berkenaan juga, keuntungan sebelum cukai direkodkan sebanyak RM5.25 juta, manakala keuntungan bersih untuk tempoh tersebut berjumlah RM3.95 juta.

Pendapatan asas sesaham untuk separuh pertama tahun kewangan 2026 berjumlah 0.87 sen.

Bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun 2026, Kumpulan mencatat pendapatan sebanyak RM10.07 juta naik sebanyak 0.5 peratus.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Keuntungan sebelum cukai berjumlah RM2.26 juta berbanding RM2.78 juta pada S2 TK2025, manakala keuntungan bersih untuk tempoh tersebut berjumlah RM1.75 juta berbanding RM2.03 juta pada suku yang sama.

Peningkatan pendapatan S2 TK2026 didorong terutamanya oleh segmen pencegahan risiko siber kumpulan, yang mencatatkan pendapatan sebanyak RM6.87 juta, mewakili peningkatan sebanyak 17.8 peratus daripada RM5.83 juta pada S2 TK2025.

Pertumbuhan ini disokong terutamanya oleh sumbangan pendapatan yang lebih kukuh daripada pelanggan dalam sektor teknologi, pembuatan dan logistik.

Pengarah Urusan LGMS, Fong Choong Fook berkata, Kumpulan mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi untuk separuh pertama tahun kewangan 2026, disokong oleh permintaan berterusan untuk perkhidmatan keselamatan siber merentasi segmen perniagaan utama kami.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Sepanjang suku tersebut, pencegahan risiko siber kekal sebagai penyumbang pendapatan utama, disokong oleh sumbangan yang lebih kukuh daripada pelanggan dalam sektor teknologi, pembuatan dan logistik,” katanya.

Sementara itu, segmen pengurusan risiko dan pematuhan siber mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.58 juta pada suku kedua TK2026, berbanding RM3.28 juta pada suku kedua TK2025, terutamanya disebabkan oleh penyiapan projek pematuhan untuk pelanggan utama dalam sektor pembuatan dan kewangan.

Segmen ancaman siber dan tindak balas insiden mencatatkan pendapatan sebanyak RM0.62 juta berbanding RM0.92 juta sebelumnya, mencerminkan tahap projek yang lebih rendah yang dijalankan untuk pelanggan dalam sektor pengguna, runcit dan kewangan.

Kumpulan juga mengisytiharkan dividen interim satu peringkat pertama sebanyak 0.5 sen sesaham biasa, berjumlah RM2.28 juta, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026.

Selain itu, Choong Fook menerangkan, melihat kepada risiko keselamatan siber terus berkembang, banyak organisasi akan memberi penekanan yang lebih besar untuk memperkukuh postur keselamatan siber mereka, memenuhi keperluan kawal selia dan meningkatkan daya tahan digital.

“Sehubungan itu, kami akan terus memperkukuh penawaran perkhidmatan kami merentasi penilaian keselamatan siber, nasihat pematuhan, forensik digital dan tindak balas insiden, sambil membina keupayaan kami dalam bidang seperti ujian keselamatan AI, penilaian risiko model dan nasihat tadbir urus AI,” ujarnya.

Melangkah ke hadapan, Kumpulan ini kekal fokus dalam melaksanakan keutamaan strategiknya, disokong oleh rekod prestasi yang mantap, kepakaran teknikal, perkongsian strategik dan inisiatif inovasi yang berterusan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *