Ahli PKR Perlu Sentiasa Bersedia, Jangan Tunggu Sehingga Parlimen Bubar – Fadhlina

MELAKA – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fadhlina Sidek menggesa seluruh ahli parti itu agar sentiasa berada dalam kesiapsiagaan tinggi dan tidak hanya menunggu detik pembubaran Parlimen untuk menggerakkan persiapan.

Beliau berkata percaturan politik tanah air ketika ini amat dinamik dan boleh berubah pada bila-bila masa, termasuk kemungkinan pihak yang sebelum ini bersama dalam kerajaan memilih untuk berunding dengan pihak lain.

“Kita mesti bersedia dari sekarang. Jangan tunggu Parlimen bubar, jangan tunggu calon diumumkan. Kita ini orang politik, semua ini orang politik. Kita tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling kita.

“Kita siapkan PKR supaya sesiapa pun bersama dengan kita, kita kuat. Sesiapa pun meninggalkan kita, kita tetap kuat. Kita ada semangat. Kita ada anggota yang percaya kepada perjuangan, sanggup ketuk satu pintu kemudian satu pintu lagi, kemudian satu lorong lagi kerana mereka percaya negara ini boleh berubah,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari kedua Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan berkata PKR tidak boleh hanya mengharapkan kaum wanita sebagai penggerak kempen semata-mata, sebaliknya perlu memberikan ruang seluas-luasnya kepada golongan itu untuk memimpin.

“Libatkan mereka dalam membuat keputusan, kerana kalau kita mahu meyakinkan masyarakat, khususnya wanita untuk memilih PKR, mereka juga perlu percaya dan melihat bahawa parti ini benar-benar percaya kepada kepimpinan wanita,” katanya.

Menyentuh soal tadbir urus, beliau berkata kepimpinan parti dan kerajaan perlu bersifat terbuka dalam menerima teguran sekiranya terdapat sebarang kelemahan dalam keputusan yang dibuat.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Fadhlina berkata mandat yang diberikan oleh rakyat harus digunakan untuk melaksanakan perkara yang benar dan bukan sekadar mengejar populariti atau mengambil jalan mudah.

“Saya tidak mengatakan bahawa semua keputusan kita sentiasa benar. Saya juga tidak katakan kita tidak boleh ditegur. Tegurlah, tiada masalah, ini keluarga kita. Kalau ada yang belum belum cukup baik, kita baiki,” katanya. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *