Dua gol Moore bantu Spurs tewaskan Hoffenheim

LONDON – Mikey Moore mencuri tumpuan dengan dua gol ketika Tottenham Hotspur menewaskan Hoffenheim 3-0 dalam aksi persahabatan pramusim di Stadium Tottenham Hotspur, awal pagi tadi.

Pemain berusia 19 tahun itu meledak kedua-dua golnya pada babak kedua selepas Richarlison terlebih dahulu membuka jaringan untuk Spurs pada minit ke-35.

Richarlison menyudahkan hantaran lintang Andy Robertson dengan kaki kiri untuk memberikan Tottenham kelebihan sebelum Moore menggandakan kelebihan pada minit ke-59.

Moore melakukan larian tepat sebelum menyambut hantaran Mathys Tel dari sebelah kiri untuk menewaskan penjaga gol Hoffenheim.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kerjasama kedua-dua pemain itu sekali lagi membuahkan hasil 20 minit kemudian apabila Moore melepaskan rembatan tepat ke penjuru bawah selepas menerima hantaran Tel dari sebelah kiri.

Moore menghabiskan musim lalu secara pinjaman bersama kelab gergasi Scotland, Rangers, dan sebelum ini dikaitkan dengan kemungkinan dipinjamkan sekali lagi bagi musim baharu.

Penampilan kompetitif terakhirnya bersama Tottenham adalah pada Mei 2025.

Spurs akan menamatkan kempen pramusim dengan satu lagi pertemuan menentang Hoffenheim di pusat latihan mereka di London, hari ini.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Tottenham kemudian akan memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan kunjungan ke laman Brentford pada 22 Ogos ini.

Skuad kendalian Roberto De Zerbi itu masih belum tewas dalam pramusim, dengan merekodkan lima kemenangan, termasuk satu kemenangan menerusi penentuan penalti, serta satu keputusan seri daripada enam perlawanan. – AFP

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *