ISTANBUL – Mohamed Salah membuat penampilan kompetitif pertama bersama Trabzonspor, namun gagal membantu kelab baharunya meraih kemenangan apabila terikat 1-1 dengan Kasimpasa dalam aksi pembukaan Liga Super Turkiye, awal pagi tadi.
Trabzonspor terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Noah Saviolo pada babak pertama sebelum Kasimpasa menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Adrian Benedyczak pada separuh masa kedua.
Salah, yang menyertai Trabzonspor secara percuma selepas sembilan musim bersama Liverpool, dimasukkan pada minit ke-58, tidak lama selepas Kasimpasa meledak gol penyamaan.
Penyerang Mesir itu yang beroperasi di posisi sayap kanan membantu mencipta beberapa peluang buat pasukan pelawat, namun Trabzonspor gagal mendapatkan gol kemenangan sehingga wisel penamat.
Pengendali Trabzonspor, Fatih Tekke, mengakui keputusan itu mengecewakan, terutama selepas pasukannya mensasarkan kemenangan dalam aksi pembukaan musim.
“Ini permulaan yang menyedihkan hari ini. Kami sepatutnya menang, tetapi gagal melakukannya.
“Khamis ini sangat penting kerana kami akan beraksi di Eropah dan lawan kami jauh lebih baik,” katanya.
Trabzonspor yang menamatkan saingan di tempat ketiga Liga Super Turkiye musim lalu selain menjulang Piala Turkiye, kini perlu mengalihkan fokus kepada kempen Eropah.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Kelab itu dijadual berdepan wakil Hungary, Ferencvaros pada aksi play-off Liga Europa, 20 Ogos ini. – Reuters
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
