Polis mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Lima lelaki ditangkap kes pukul anggota polis hingga mati

KAJANG – Polis menahan lima lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian memukul sehingga mati seorang anggota polis di Taman Impian Indah, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semua mereka berumur antara 19 hingga 23 tahun itu ditangkap anggota Cawangan D9 IPK Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Kajang.

Kata beliau, pihaknya mendapat permohonan reman selama tujuh hari hingga 30 Mac ini dari Mahkamah Majistret Kajang untuk tujuan siasatan.

“IKP Selangor mengesahkan pada 23 Mac semalam, anggota bertugas di Pusat Kawalan IPD Kajang telah menerima panggilan daripada MERS999 memaklumkan ada seorang lelaki telah kena pukul dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Bedah siasat ke atas mayat mangsa telah selesai semalam dan punca kematian adalah blunt force trauma to the head.

“Dengan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian petang semalam, mangsa, 33, yang dijumpai dalam keadaan terbaring dengan kesan pendarahan di mulut dan hidung disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kajang.

Isteri mangsa menyatakan telah berlaku selisih faham dengan suaminya yang dalam keadaan mabuk dan hendak memandu kereta.

Dalam pertengakaran itu, isteri beredar dari kereta dan berjalan ke arah jalan besar, tetapi dikejar mangsa berpangkal Koperal sehingga berlaku pergelutan antara mereka.

Pada masa sama, ada sekumpulan lelaki cuba masuk campur dan suspek kemudian memukul mangsa, sebelum melarikan diri.

Menurut Hussein, susulan kejadian itu, anggota Cawangan D9 dan BSJ Kajang membuat siasatan dan menangkap lima suspek warga tempatan sekitar Taman Impian Indah, Balakong.

Katanya, setakat ini mereka disahkan terlibat dalam kejadian tersebut bagi membantu siasatan.

Hussein meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkait kejadian itu boleh berhubung dengan mana-mana balai berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, ASP Mohd Afiq Farhan Mohd Nor di talian 012-2446 768 bagi membantu siasatan. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *