Cadangan Hapus PTPTN Akan Dibincang Dengan KPT

Oleh NurFarhana Zulkeply

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan cadangan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibincangkan bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menurut beliau, perkara itu perlu dirunding dengan Menteri Pendidikan Tinggi memandangkan PTPTN berada di bawah tanggungjawab kementerian berkenaan.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, yang bertanya sama ada kerajaan bersedia mempertimbangkan semula cadangan penghapusan pinjaman PTPTN.

Beliau menjelaskan kerajaan sentiasa terbuka meneliti sebarang cadangan berkaitan pendidikan tinggi, namun setiap keputusan perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk implikasi kewangan serta kedudukan semasa PTPTN.

Menurutnya, sebarang perubahan dasar tidak boleh diputuskan secara tergesa-gesa dan memerlukan penelitian serta perbincangan menyeluruh bersama kementerian berkaitan.

Anwar turut menegaskan kerajaan komited memastikan akses kepada pendidikan tinggi terus diperkukuh di samping mengekalkan kelestarian sistem pembiayaan pendidikan negara.

Cadangan mengenai penghapusan pinjaman PTPTN kembali menjadi perhatian selepas dibangkitkan dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, dengan kerajaan dijangka meneliti perkara itu sebelum membuat sebarang ketetapan lanjut.

NurFarhana Zulkeply adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *