Wilayah Mumbai terjejas teruk akibat banjir, banyak nyawa terkorban, jalan raya rosak

HYDERABAD – Pusat kewangan India, Mumbai dan wilayah sekitarnya kini terjejas teruk akibat impak kemusnahan susulan hujan monsun yang lebat.

Sekurang-kurangnya 13 kematian berkaitan banjir telah dilaporkan, termasuk kejadian sebuah rumah runtuh di pinggir bandar Mankhurd di Mumbai yang mengorbankan enam nyawa pada petang Ahad, lapor media tempatan.

Laluan darat antara Mumbai dan Pune, sebuah bandar utama di negeri Maharashtra, lumpuh pada Isnin selepas sebahagian daripada laluan sepanjang 13.3 kilometer yang dikenali sebagai “Missing Link” – dibina dengan kos kira-kira AS$730 juta dan baru dirasmikan pada Mei – di Lebuh Raya  Mumbai-Pune mengalami kerosakan akibat tanah runtuh.

Beberapa video menunjukkan sebahagian daripada lebuh raya berkenaan ditenggelami air, manakala barisan kenderaan yang panjang mula terbentuk ekoran kesesakan lalu lintas yang terhenti sepenuhnya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Anggota agensi pengurusan bencana berjaya menyelamatkan 20 orang, termasuk warga asing, dari sebuah pusat pendidikan di Lonavala. 

Terdapat juga laporan mengenai ratusan penduduk yang diselamatkan dari pelbagai kawasan yang dilanda banjir di Maharashtra.

Jalan raya dan landasan kereta api yang ditenggelami air turut menjejaskan perkhidmatan pengangkutan di beberapa bahagian di negeri berkenaan.

Sesi persekolahan di Mumbai akan ditutup pada Selasa selepas Jabatan Meteorologi India mengeluarkan “amaran merah” berikutan jangkaan hujan lebat di bandar itu, selain di kawasan Thane, Raigad, Pune dan kawasan Ghats di Nashik, lapor media tempatan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Penerbangan udara di Mumbai juga terus terjejas akibat keadaan cuaca buruk, dengan berpuluh-puluh jadual penerbangan terganggu sejak hujung minggu lepas.

“Disebabkan hujan lebat, penerbangan ke dan dari Mumbai serta Pune terkesan. Kami menyarankan agar anda menyemak status penerbangan di laman sesawang atau aplikasi kami sebelum menuju ke lapangan terbang.

Selain itu, sila peruntukan masa tambahan untuk perjalanan anda kerana aliran trafik yang perlahan boleh menjejaskan perjalanan darat ke lapangan terbang,” menurut syarikat penerbangan IndiGo dalam satu notis makluman pada Isnin. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *