Senheng kekal fokus bina platform runcit lebih berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Senheng New Retail Berhad (Senheng) akan kekal fokus untuk melaksanakan strategi transformasinya secara lebih teratur dan berdisiplin.

Pengarah Urusannya, Lim Kim Heng berkata, melalui model ekonomi berasaskan mata dan ekosistem S-Coin, syarikat menyasarkan untuk memperdalam penglibatan pelanggan, meningkatkan pembelian berulang dan membina platform runcit yang lebih berdaya tahan serta kurang bergantung pada persaingan yang dipacu harga semata-mata.

Kumpulan akan terus memajukan model perniagaan Ekonomi Berasaskan Mata (PBE)nya, yang meletakkan S-Coin sebagai mata wang penglibatan pelanggan strategik dalam ekosistem omnichannel Senheng.

“Model ini direka bentuk untuk meningkatkan nilai seumur hidup pelanggan, menggalakkan tingkah laku penebusan berstruktur dan memperkukuh kualiti permintaan merentasi saluran runcit fizikal dan digital,” katanya.

Beliau berkata dalam kenyataan bersempena mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat yang kelima di sini semalam.

Kim Heng berkata, Senheng juga kekal komited untuk meningkatkan kecekapan operasi, menambah baik pengalaman pelanggan dan mengukuhkan kedudukan daya saingnya dalam sektor runcit elektronik pengguna Malaysia.

Tambah beliau, dengan sokongan pemegang saham yang berterusan, kumpulan akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan yang berdisiplin, pengurusan modal yang berhemat dan pertumbuhan jangka panjang yang mampan.

Bersempena AGM tersebut, pemegang saham meluluskan semua resolusi yang dibentangkan pada mesyuarat tersebut.

Antara resolusinya adalah berkaitan yuran dan faedah pengarah, pemilihan semula pengarah, pelantikan semula Tetuan BDO PLT sebagai juruaudit syarikat serta kuasa untuk pengarah mengeluarkan dan memperuntukkan saham menurut Seksyen 75 dan 76 Akta Syarikat 2016.

Kelulusan pemegang saham juga termasuk cadangan pembaharuan mandat pemegang saham sedia ada dan cadangan mandat pemegang saham baharu untuk transaksi pihak berkaitan berulang yang bersifat hasil atau perdagangan, yang membolehkan kumpulan terus menjalankan transaksi yang diperlukan dalam urusan perniagaan biasa atas terma komersial biasa.

Pengerusi Senheng, Datuk Yeow Wah Chin menerangkan, pihaknya berasa terdorong dengan sokongan yang ditunjukkan oleh para pemegang saham Senheng pada AGM ke-5.

“Kelulusan mereka terhadap semua resolusi mencerminkan keyakinan berterusan terhadap lembaga pengarah, pasukan pengurusan dan hala tuju strategik Senheng ketika kami memperkukuh tadbir urus, meningkatkan daya tahan operasi dan meletakkan Kumpulan untuk penciptaan nilai jangka panjang,” terangnya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *