Sultan Muhammad V berkenan santuni mangsa kebakaran Gok Kapur

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan berangkat menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Gok Kapur, di sini, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Asri Mat Daud berkata, keberangkatan Sultan Muhammad V pada saat rakyat berdepan ujian dan kesusahan melambangkan manifestasi kasih sayang seorang pemerintah yang sentiasa dekat di hati rakyat.

“Kehadiran baginda bukan sahaja membawa semangat dan kekuatan kepada mangsa yang terlibat, malah menjadi sumber ketenangan serta pengharapan kepada seluruh penduduk yang terkesan.

“Sesungguhnya, rakyat menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keprihatinan Sultan Muhammad V yang berkenan turun padang meninjau sendiri keadaan mangsa serta menzahirkan rasa simpati dan dukacita terhadap musibah yang berlaku,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasminya malam tadi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam lawatan itu, baginda turut menzahirkan rasa simpati dan dukacita yang mendalam atas musibah yang menimpa dan berharap agar semua mangsa tabah menghadapi dugaan ini.

Pada Isnin lepas, sebanyak 27 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Gok Kapur manakala punca kejadian masih dalam siasatan pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *