Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional 2026

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 kepada seluruh pengamal media dan wartawan di negara.

Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, baginda berdua menzahirkan penghargaan atas jasa serta pengorbanan wartawan yang komited menyampaikan maklumat tepat, sahih dan berintegriti kepada masyarakat.

Menurut hantaran itu, baginda berdua turut menyanjung tinggi peranan media sebagai medium penting dalam memperkukuh perpaduan, menyemarakkan semangat patriotisme serta menjadi jambatan antara kerajaan dengan rakyat.

“Baginda berdua berharap seluruh pengamal media akan terus mengamalkan kewartawanan beretika, profesional dan bertanggungjawab selaras dengan perkembangan teknologi serta cabaran dunia komunikasi masa kini,” menurut hantaran itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada masa sama, baginda berdua mendoakan agar semua wartawan dan pengamal media sentiasa dikurniakan kesejahteraan, keselamatan serta terus cemerlang dalam melaksanakan amanah kepada agama, bangsa dan negara. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *