Gempa Bumi 6.8 Skala Richter Landa Utara Chile

BOGOTA, Colombia, – Gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter melanda wilayah Antofagasta di utara Chile pada petang Isnin, lapor Anadolu Ajansi.

Pusat Seismologi Kebangsaan di Universiti Chile memaklumkan gegaran berlaku pada 5.52 petang waktu tempatan (2152 GMT), dengan pusat gempa terletak 12 kilometer di selatan bandar Calama, namun pihak berkuasa melaporkan tiada kemalangan jiwa setakat ini.

Perkhidmatan Hidrografi dan Oseanografi Chile dengan segera mengesahkan bahawa ciri-ciri gempa itu tidak memenuhi syarat untuk mencetuskan tsunami di sepanjang pesisir pantai Chile.

Terletak di Lingkaran Api Pasifik, Chile sering mengalami aktiviti seismik susulan pertembungan berterusan antara plat tektonik Nazca dan Amerika Selatan, yang lazimnya menghasilkan gegaran dengan pelbagai intensiti di seluruh negara.

Sejak 1570, Chile mengalami kira-kira 100 gempa bumi kuat, dengan hampir 30 daripadanya melebihi 8.0 pada skala Richter.

Antara gempa bumi paling besar dalam sejarah Chile ialah gempa Valdivia pada 1960, iaitu gempa bumi terkuat pernah direkodkan berukuran 9.5 pada skala Richter. – ANADOLU

Telegram 

Facebook 

TikTok

Whatsapp 

Iklanadmin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *