PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan dan urusan prosiding mahkamah berkaitan kes yang sedang dikendalikan agensi itu.
Individu pertama dikenali sebagai Jung Tsen Hee, 54, dengan alamat terakhir di No. 373, Lorong Chawan 14, Jalan Chawan, Kuching, Sarawak.
Seorang lagi ialah Mohd Ridhuan Chee @ Chee Chun Sheong, 41, yang alamat terakhirnya direkodkan di Kampung Talang Batin, 32800 Parit, Perak.
Menurut kenyataan SPRM, Jung Tsen Hee perlu hadir ke Mahkamah Kuching, Sarawak bagi prosiding yang dijadual berlangsung dari 29 Jun hingga 1 Julai 2026.
Sementara itu, Mohd Ridhuan Chee pula dikehendaki hadir ke Mahkamah Jenayah Sesyen 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru pada 20 Mei 2026.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Jung Tsen Hee diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Nur Asyiqin Mohd Zahid di talian 012-6855902 atau melalui emel nurasyiqin@sprm.gov.my.
Bagi maklumat berkaitan Mohd Ridhuan Chee, orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Raja Mohd Firdaus Raja Semail di talian 011-35661995 atau emel firdaus.semail@sprm.gov.my.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L