TEHRAN – Skuad kebangsaan Iran dilaporkan akan mengadakan kem latihan di Antalya, Turkiye sebagai persiapan terakhir sebelum menghadapi saingan Piala Dunia di Amerika Syarikat.
Menurut laporan media tempatan, skuad Iran dijangka berlepas ke Turkiye dalam masa terdekat sebelum meneruskan perjalanan ke pangkalan mereka di Tucson, Arizona menjelang kejohanan berprestij itu.
Antalya sebelum ini turut menjadi lokasi latihan Iran pada Mac lalu bagi mengharungi beberapa perlawanan persahabatan dan sesi persiapan intensif.
Sebagai sebahagian daripada persiapan di Turkiye, Iran dijadual menentang Gambia dalam aksi persahabatan pada 29 Mei ini selain sedang berusaha mendapatkan satu lagi perlawanan pemanas badan.
Ejen yang menguruskan aksi persahabatan skuad Iran, Sam Mehdizadeh mengesahkan perlawanan menentang Gambia sudah dimuktamadkan.
Terdahulu, Iran mengadakan majlis pelepasan rasmi skuad kebangsaan di Tehran dengan pemain diperkenalkan kepada penyokong dalam satu acara khas di Dataran Enghelab.
Iran akan membuka kempen Piala Dunia menentang New Zealand pada 15 Jun ini sebelum bertemu Belgium dan Mesir dalam saingan Kumpulan G.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L