Oleh: Siti Khadijah Manudin
SEPANG -Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meluahkan penghargaan atas kejutan yang diberikan guru dan pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Permata, Dengkil sempena sambutan Hari Guru yang bakal tiba.
Menurut satu hantaran di Facebook, beliau berkata, kejutan itu dibuat selepas warga sekolah berkenaan terlebih dahulu menghantar video ucapan sempena Hari Ibu yang disifatkannya penuh kasih sayang dan menyentuh hati.
“Video tersebut sangat manis dan penuh kasih sayang. Saya cukup terharu dan terkesan dengan video tersebut,” katanya.
Katanya, penghargaan yang diberikan kepada pendidik di sekolah itu bersempena sambutan Hari Guru juga sebagai tanda pengiktirafan terhadap jasa dan pengorbanan warga pendidik.
Beliau turut menzahirkan rasa terharu apabila melihat sendiri kesantunan serta nilai kasih sayang yang ditunjukkan murid-murid di sekolah berkenaan.
“Bukan kerana video itu semata-mata tetapi saya telah melihat sendiri bagaimana anak- anak dan cikgu di sekolah ini mempunyai kesantunan dan kasih sayang yang cukup luar biasa,” katanya.
Fadhlina berkata, tema Hari Guru tahun ini, “Guru Bitara Nadi Negara”, menggambarkan peranan penting guru dalam membentuk dan mengoptimumkan potensi anak-anak.
Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L