Zahid Perkukuh Agenda TVET Dalam Industri EV

Oleh NurFarhana Zulkeply

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Malaysia tidak boleh sekadar menjadi pemerhati dalam revolusi tenaga baharu, sebaliknya perlu muncul sebagai pemain utama dalam ekosistem kenderaaan elektrik (EV), bateri dan tenaga lestari di rantau ini.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, perubahan global yang dipacu teknologi, kecerdasan buatan (AI), digitalisasi dan tenaga bersih memerlukan negara bergerak pantas memperkukuh pembangunan bakat serta tenaga mahir.

“Malaysia tidak boleh hanya menjadi pemerhati dalam perubahan industri ini,” katanya menerusi laman sosial Facebook.

Menurut beliau, pembangunan bakat dan pendidikan TVET perlu terus diperkasa bagi melahirkan tenaga mahir, jurutera dan teknologis yang bersedia menghadapi ekonomi masa depan.

Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, Ahmad Zahid turut menyambut baik penubuhan “Green and Smart Mobility Cooperation Platform” serta pelancaran “Flagship EV Talent Programme”.

Program itu menyasarkan pembangunan 10,000 tenga mahir dalam tempoh lima tahun menerusi kerjasama antara industri dan institusi TVET.

Beliau berkata, kerjsama strategik Malaysia-China dalam sektor EV dan tenaga baharu mampu membuka lebih banyak peluang pelaburan, pembangunan bakat serta pemindahan teknologi yang memberi manfaat kepada generasi muda dan daya saing negara.

NurFarhana Zulkeply adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *