KUANTAN – Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berkenan mengetuai Ekspedisi Mahkota Borneo di Sabah yang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu ini.
Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mohamed Zahari Yahya berkata, Tengku Hassanal dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 1 tengah hari Isnin sebelum mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Sabah, Tun Musa Aman bagi bertukar pandangan dan idea.
Menurut beliau, Tengku Hassanal turut dijadual mendaki Gunung Kinabalu pada Selasa dengan diiringi pegawai dan anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia serta pengiring rapat daripada Polis Diraja Malaysia.
“Ekspedisi Mahkota Borneo ini mencerminkan semangat kepimpinan, ketahanan fizikal dan disiplin tinggi yang sentiasa diterapkan Tuanku dalam kalangan generasi muda serta pasukan keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.
Mohamed Zahari berkata, ekspedisi berkenaan juga diyakini mampu mengukuhkan hubungan silaturahim dan kerjasama strategik antara negeri Pahang dan Sabah, selain menyemarakkan semangat perpaduan serta patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L