Oleh: Fatin Sajidah Fathuldin
PUTRAJAYA — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan mendesak untuk menyeimbangkan pembangunan ekonomi dengan kelestarian alam sekitar dalam usaha memastikan kemajuan negara yang mampan.
Katanya, pembangunan negara perlu dilaksanakan secara seimbang dengan mengambil kira kesejahteraan rakyat serta pemeliharaan alam sekitar, selaras dengan prinsip kesederhanaan.
Pada masa sama, beliau mengingatkan penjawat awam agar melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab serta memperkukuh penguatkuasaan bagi membanteras ketirisan dan meningkatkan tahap tadbir urus negara.
Mengulas cabaran semasa, beliau berkata ketidaktentuan ekonomi global termasuk turun naik harga komoditi dan tekanan kos sara hidup memerlukan pendekatan dasar yang lebih pragmatik dan responsif.
Sebagai respons, MOSTI akan terus memastikan setiap strategi inovasi yang dirangka bukan sahaja memacu pertumbuhan ekonomi, malah berperanan sebagai penyelesaian efektif kepada isu-isu nasional demi kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang berlangsung secara dalam talian hari ini.
Turut hadir, warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Ketua Setiausaha kementerian, Nagulendran Kangayatkarasu; dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Norsham Abdul Latip.
Fatin Sajidah Fathuldin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L