Peletakan Jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana

PETALING JAYA – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengesahkan Amir Hamdan akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (PGCEO) selepas hampir lapan tahun berkhidmat.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah memainkan peranan penting dalam memacu pelbagai inisiatif transformasi dan memperkukuh operasi syarikat dalam memastikan operasi perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat.

Keputusan beliau untuk meninggalkan Prasarana adalah atas sebab-sebab peribadi, selaras dengan perancangan beliau untuk langkah seterusnya.

Prasarana merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan dan kepimpinan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan dan mendoakan yang terbaik dalam perancangan masa hadapan beliau.

Maklumat lanjut berhubung kesinambungan kepimpinan syarikat akan dimaklumkan melalui saluran komunikasi rasmi Prasarana.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *