Anwar Tekankan Kualiti Graduan, Bukan Sekadar Jumlah Pelajar Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kejayaan Malaysia sebagai destinasi pendidikan antarabangsa tidak wajar diukur semata-mata berdasarkan jumlah pelajar asing, sebaliknya kepada kualiti graduan yang dilahirkan.

Beliau berkata, kehadiran lebih 160,000 pelajar antarabangsa ketika ini mencerminkan kedudukan Malaysia di peringkat global, namun aspek pembentukan individu berilmu, berakhlak dan berdaya saing perlu diberi keutamaan.

Menurutnya, institusi pengajian tinggi perlu terus memperkukuh nilai integriti dan sahsiah bagi memastikan status sebagai pusat pendidikan berkualiti tinggi benar-benar terpelihara.

“Peranan kita bukan sekadar menarik pelajar luar atau berbangga dengan angka tinggi, tetapi memastikan kualiti insan yang dibangunkan selari dengan aspirasi negara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau turut menekankan kepentingan keseimbangan antara kemajuan teknologi dan nilai kemanusiaan, dengan aspek etika serta moral perlu terus menjadi teras dalam pembangunan pendidikan.

Tambahnya, pendekatan tersebut penting bagi memastikan pembangunan teknologi tidak mengabaikan dimensi kemanusiaan, sekali gus melahirkan masyarakat yang mampan dan berdaya tahan.

Berita ini diolah semula oleh Siti Khadijah Manudin, pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *